Saya seorang peguam yang kini berkhidmat dengan Francis Burt Chambers di Perth, Australia Barat. Saya mempunyai pengalaman dan kepakaran dalam mengendalikan isu-isu yang berkaitan dengan Hasil Pendapatan daripada Jenayah dan Rampasan Harta Jenayah. Hanya segelintir peguam di Australia yang mahir dalam bidang ini.
Pelaksanaan akta Proceeds of Crime Act 2002 (Cth) sering digunakan untuk menyita harta benda atau aset-aset kepunyaan penduduk tetap Australia termasuk mereka yang baru tiba di Australia mahupun mereka yang tidak menetap di Australia. Akta ini tertahluk kepada mereka yang berasal dari Malaysia and Singapore. Tujuan saya berkongsi fakta ini semata-mata ingin memberikan sedikit informasi mengenai isu pelucuthakan aset civil daripada kegiatan jenayah di Negara Australia.
Saya ingin menegaskan bahawa setiap perintah pembekuan atau penyitaan aset memerlukan tindakan segera (dalam tempoh masa 28 hari selepas anda menyedari tentang perkara itu). Sekiranya anda mempunyai harta benda yang dibekukan (dihalang) amatlah penting untuk anda mendapatkan nasihat pakar dalam hal ini secepat mungkin. Ini kerana setiap kes mempunyai masa terhad. Setiap masa yang ditunda atau tertunda akan menjejaskan hak anda.
Latarbelakang Saya
Saya tidak boleh berbahasa Melayu tetapi saya sering bekerjasama dengan seorang peguamcara bernama Cathyn Ng Kingdom Legal
Cathryn Ng seorang peguam yang bertauliah yang fasih bercakap dalam Bahasa Melayu dan sering membantu pelanggan yang bukan berbahasa Inggeris.
Seperti sistem di Malaysia dan Singapore, sistem undang-undang di Australia juga berdasarkan sistem British, tetapi masih mempunyai ciri-ciri tempatan. Sistem perundangan di Australia adalah sama seperti sistem perundangan di England, di mana kedua-dua peguam (yang memberi nasihat dan mewakili anda di mahkamah) dan peguam cara (yang menyediakan dokumen dan laporan) akan bekerjasama untuk membantu setiap pelanggan yang menghadapi masalah perundangan. Saya adalah peguam dan Cathryn adalah peguam cara. Kami bekerjasama untuk menawarkan anda khidmat yang terbaik dengan kos yang sama dengan pelanggan yang berbahasa Inggeris. Khidmat kami menawarkan dua aspek penting iaitu kefasihan Cathryn berbahasa Melayu dan mendapat nasihat pakar daripada pemimpin yang diiktiraf dalam bidang ini.
Saya mendalami bidang undang-undang di salah sebuah sekolah tertinggi di Australia iaitu Universiti Australia Barat.
Pada tahun 2002, saya diterima bekerja di Mahkamah Agung Australia Barat dan Mahkamah Tinggi Australia.
Dari tahun 2005 hingga 2013, saya berkhidmat di Pejabat Pendakwa Persekutuan Australia, Pengarah Commonwealth Pendakwaan Awam dan kemudian menjadi Timbalan Peguam untuk Polis Persekutuan Australia. Ini adalah agensi yang memburu orang di bawah akta Proceeds of Crime Act 2002
Kemuncak kejayaan saya ialah ketika menerima Anugerah Peguam Amerika Syarikat dari Duta Amerika Syarikat khas untuk warga Australia. Anugerah tersebut diberikan bagi pengurusan saya dalam satu kes perampasan aset global yang signifikan di mana kami memperoleh semula wang sebanyak US$24 juta.
Saya menyertai badan peguam pada tahun 2014. Dalam peperiksaan Bar, saya telah dianugerahkan Hadiah Ketua Hakim Negara kerana menjadi pelajar terbaik pada tahun itu dan menjadi pelajar terbaik dalam kelas advokasi saya.
Berikut adalah pengalaman dan kemahiran saya:
- Proceeds of Crime Act 2002 (Cth), meliputi pengendalian perintah sekatan, permohonan pembatalan, permohonan pengecualian, peperiksaan wajib, aplikasi pelucuthakan atau forfeiture dan permohonan perintah saman ke atas kewangan. Saya kini sedang memantau tentang isu keberadaan peruntukan kekayaan yang tidak dapat dijelaskan.
- Mutual Assistance in Criminal Matters Act 1987 (Cth), meliputi perundangan yang membolehkan pihak Australia membekukan (menghalang) aset-aset civil di Australia atas permintaan pemerintahan asing. Saya pernah mewakili beberapa individu dan pembiaya yang terlibat dalam perundangan tersebut.
- Criminal Property Confiscation Act 2000 (WA), meliputi notis pembekuan, perintah pembekuan, pengedar dadah dan deklarasi yang lain, bantahan dan perampasan.
- Jenayah pelaburan wang haram dalam Division 400Criminal Code (Cth). Kesalahan ini sangat rumit dan boleh membawa kepada hukuman penjara sehingga 25 tahun. Tidak banyak peguam yang mempunyai kemahiran dan pengalaman dalam menanggani masalah ini dengan baik.
Saya telah mewakili dan membantu berbagai pelanggan berhubungan dengan masalah mereka di bawah undang-undang penyitaan.
Pada awal tahun 2015, seorang pengkaji luar dari Polis Perserkutuan Australia dari Bahagian Pendapatan daripada Jenayah telah mendapatkan nasihat pakar dari saya.
Saya adalah seorang ahli Jawatankuasa Mahkamah untuk Persatuan Undang-undang Australia Barat.
Proceeds of Crime Act 2002 – meliputi perintah sekatan
Akta ini Proceeds of Crime Act 2002 membenarkan pihak Polis Persekutuan Australia atau dikenali sebagai Australian Federal Police (AFP) untuk menyita atau membekukan aset-aset berdasarkan beberapa faktor kesangsian seperti kesangsian terhadap cara pemerolehan aset tersebut, aset digunakan untuk kegiatan jenayah atau sekadar tiada penjelasan kukuh tentang kewujudan aset itu. Unsur curiga atau sangsi merupakan satu tahap yang rendah dalam perundangan. Anggapan sedemikian bukan satu bukti yang kukuh dan jauh daripada terbukti benar.
Apabila aset anda dihalang atau dikawal di bawah Akta tersebut, anda selaku pemilik diminta mengemukakan bukti untuk memastikan yang aset tersebut bukanlah hasil daripada jenayah. Ia bukan tugas pihak polis untuk menyakinkan para hakim itu ialah hasil jenayah. Pemilik harus menyakinkan pihak mahkamah bahawa asetnya bukanlah hasil daripada kegiatan jenayah atau pelaburan wang haram.
Keadaan ini akan mengambil masa kerana banyak perkara yang rumit yang bersangkut-paut dengan pengurusan aset. Sebagai contoh, jika anda mempunyai harta benda dalam Australia yang telah dibekukan, anda perlu mengemukan bukti bahawasanya pembelian harta benda itu adalah dari wang yang diremit dari Malaysia, di mana wang itu hasil dari penjualan harta benda di Malaysia dan segala pengurusan jual-beli itu berdasarkan daripada pendapatan perniagaan yang diperolehi secara sah.
Sebelum saya mewakili seorang pelanggan, amatlah penting bagi saya untuk mendapatkan kepastian yang jitu daripada pihak polis mengenai apa yang dianggap sebagai “tidak sesuai” atau”kotor” dalam hal asset atau harta benda. Kegagalan mendapatkan kepastian polis pada tahap awal ini akan menimbulkan banyak kegenjotan dan perbelanjaan tambahan. Lebih memburukkan lagi, harta benda pelanggan akan terus dirampas jika bukti yang dikemukakan pelanggan tidak menepati dengan tatacara Mahkamah.
Ada banyak konsep dan istilah yang sukar difahami oleh ramai warganegara Australia (termasuk juga segelintir peguam Austalia). Cara akta tersebut dilaksanakan memang berbeza daripada jangkaan ramai.
Terdapat banyak isu yang harus disemak dengan teliti dan mengikut tatacara di bawah Akta Kutipan Jenayah. Ini termasuk pemeriksaan wajib tanpa had (soal siasat) yang dijalankan oleh AFP terhadap yang didakwa. Isu-isu perundangan yang sering dikaitkan ketika proses siasatan dilakukan sangat teknikal. Disebabkan itu, pada tahap awal,pertimbangan yang baik amat diperlukan.
Undang-undang Negeri Australia
Setiap Negeri dan Wilayah Australia mempunyai undang-undang tersendiri terhadap Hasil Jenayah dan Pelucuthakan Aset jenayah. Secara amnya, boleh saya katakan saya arif dalam hal ini kerana terdapat banyak persamaan antara undang-undang ini.
Oleh kerana saya berpangkalan di Western Australia, saya mempunyai pengetahuan yang cukup dalam akta ini Criminal Property Confiscation Act 2000 (WA). Seperti Perundangan Persekutuan, akta ini amat tegas dengan tempoh masa yang telah ditetapkan. Dalam masa 28 hari, tindakan yang sewajarnya harus dilaksanakan segera untuk mempertahankan hak milik anda. Untuk maklumat lanjut (dalam Bahasa Inggeris) sila lungsuri lelaman saya di Criminal Property Confiscation information page
e-mel ewg@egreaves.com.au